Masalah keruntuhan moral manusia di ketika ini seperti kita kembali kepada zaman Jahiliah walaupun sudah mengaku semakin maju dengan teknologi canggih. Samada kita sedari atau tidak, cuba perhatikan alam sekeliling, di muka depan akhbar setiap hari pembunuhan, rompakan, pergaduhan, fitnah menfitnah, rogol adik dan anak, buang bayi, mabuk kerana arak dan dadah, tidak percaya Tuhan, menyembah aliran muzik, perkauman dan sebagainya. Puncanya hanya satu kerana kita tidak mengamal, tidak menghayati Al-Quran,lupa ajaran yang di bawa oleh Nabi yang kita cintai Muhammad SAW. Terbukti, bukan hanya umat Islam saja yg menganggap bahawa Nabi Muhammad SAW tidak hanya sebagai pesuruh (Allah SWT).. dan sebagai penunjuk tauladan kepada seluruh umat manusia..tapi umat bukan Islam bahkan banyak tokoh dunia mengakui akan kualiti kepemimpinannya baik agama maupun dunia…tak lekang oleh zaman…pesannya bersifat universal melampaui suku, bangsa & negara dan umatnya semakin hari semakin bertambah. MAHATMA ...